Monday 2 August 2010

Salam untuk yang sudi membaca :)

AKU DAN SEMUA itu adalah satu permulaan untuk membuka tirai ceritaku.. AKU seorang sangat2 ringkas walaupun sudah berumahtangga..seorang yang sangat sukakan sesuatu yang berkelainan..suka menyendiri sewaktu zaman gadis dahulu..ada jugalah seorang dua teman aku semasa habis sekolah dulu..aku sukakan tempat2 yang redup,pemandangan yang cantik,suka mandi sungai..kenangan yang tidak boleh aku lupa ialah sewaktu ikut jiran balik kampung di Melaka..aku tak sabar nak tunggu siang nak pergi bontang atau orang sana panggil tali air..aku harung sawah untuk ke tali air tu..seronoknya..masa tu umur aku sudah 21 tahun tapi aku masih lagi macam budak-budak..terus mengharung anak sungai tiba2 kaki terpelus di tanah selut..mujurlah sebelah kaki saja kalau tidak mungkin aku dah mati kot..ahaa..sebab kawan aku hanya terdiam tengok aku terpelus gitu..sambil paut pada akar rumput aku boleh angkat kaki lagi..kawan-kawan dah terdiam je..dah tu terus balik rumah..dah balik tu bukan masuk rumah,pergi makan buah rambutan kat atas pokok..ehee. tuan rumah tak terkata apa tengok aku..Esoknya atok dia suruh pergi ke rumah saudaranya jauh sedikit la,dan di bekalkan buah rambutan yang dah merah sangat..tiba-tiba ada orang lelaki tu jerit kat kami "jaga-jaga dik,ada lembu ikut tu di belakang"..haha kami cakap apa"ngada-ngada nk usik orang"..sekali aku toleh banyak lembu dah kat hujung betis..bertempiaran semua lari..aku sempat naik di tempat yang berbukit sikit sambil aku ketuk-ketuk muncung lembu tu dengan payung..hahah..tapi aku gelak tengok kawan aku lari jauh sangat sebab lembu masih kejar lagi..aku jerit suruh buang saja buah rambutan tu sebab lembu tu nakkn buah rambutan tu..haha...aku tunggu lama sangat lepas itu aku nampak menyeringai je kawan aku tu..punyalah gigil badan kitorang masa tu..lepas itu budak lelaki tu ketawakan kami..dia cakap"tu la orang cakap tak percaya"..kami hanya berikan senyum kat budak-budak lelaki tu ...haha ..ni baru sedikit je cerita aku..ada lagi tau!!! :)

No comments:

Post a Comment