Tuesday 3 August 2010

Putera ku,Mohd Nor Radhi bin Rosli :)

..Semasa kandungkan anak yang ke tiga ni,aku selalu mimpi makan bunga..suka tanam pokok bunga,suka nak bela ikan emas tp mak mertua tak bagi..kenapa tah..kefahaman kuno..haha..suka tengok cerita hindustan..Pada 8.11.1991 waktu lepas maghrib,aku rasa pinggang sakit dan jam seterusnya semakin sakit..aku beritahu kat tempat kerjanya cakap aku dah mula sakit..aku nampak suami terus makin sakit..kaklong,makcik dan pakcik aku panggil sebab mak kat KL..suami panggil bidan datang rumah sebab doktor cakap aku boleh melahirkan di rumah saja..aku tengok ayah datang lagi aku takut..takut la bersalin kat rumah,yela kalo kat hospital mana ada orang peduli kita..saatnya melahirkan sudah tiba pada jam 11malam bertarikh di atas pada hari jumaat,aku selamat melahirkan seorang anak lelaki...wah!! sukanya kami semua..ayah mengazankan di telinga babyku..jiran sebelah rumah hairan kenapa azan di tengah-tengah malam!dia baru teringat aku dah bersalin..terus dia melompat tembok rumah untuk melihat aku dan baby..masa tu kan anak ke dua baru berumur 2tahun 2bulan,dia cakap apa tau..'cape tu mak' ...hehe..tersenyum aku dengar..aku letak namanya Mohd Nor Radhi.dia ni tak banyak kerenah masa kecik..tapi dia ada satu sifat tau..ayah dia panggil 'sifat ahmad nisfu' haha..sebab dia punya helah tu cam ahmad nisfu..dia nak keluar rumah,dia akan campak selipar dulu kat luar nanti dia cakap la selipar kat luar padahal dia nak main-main ..kalo buat salah orang belum pukul dia dah meraung dulu..kan akal ahmad nisfu tu..dah besar akal ahmad nisfu makin menjadi tau...haha...nanti ikut kisah Mohd Nor Radhi yang sudah besar pulak ya!!

No comments:

Post a Comment