Wednesday 4 August 2010

AKAKKU YANG AKHIR...

Semasa aku kandungkan dia ni aku sayang pada seekor kucing..aku beri nama Padomei kat kucing tu..anak kucing tu asyik ikut aku je bila balik mengaji..haha dah tua pun ngaji lagi..aku hantar dia ikut.aku hantar dia ikut lagi...rupanya dia berkenan kat baby dalam perut ni..nantilah aku akan cerita pasal si padomei ni..masa kandungkan baby ni perutku besar sangat.sebab aku berdoa nak anak kembar..setiap kali mimpi mesti benda yang kembar..satu hari tu aku nak masak jumpa telur yang kuningnya kembar.isi petai kembar..pernah jumpa tak!!hehe.tapi pada satu hari masa kandungan 4 bulan,aku terjatuh di tepi jalanraya masa nak p kedai.nak makan mee kari.tak jadi pergi sebab aku tak boleh jalan tegak.perut sakit..masa tu Eka 4 tahun..dia cakap 'eh mak jatuh ea'..aku tak sedar bila aku jatuh..bangun je perut sakit..aku pergi ke klinik untuk tengok kandungan ok ke tidak..tapi tulah,Tuhan kan tak suka kita nak tahu apa yang dalam perut ini..aku tengok tak kembar pun..tapi perut besar betul sampai tak nampak kaki sendiri..si padomie tu selalu aku terpijak ekor dia.yelah asiknya nak mengekor aku je..pada 7 hrbln 2 tu,aku rasa sakit pinggang,ingatkan nak bersalin tapi tak jadi dia keluar..haha..berjalan dah tak larat..main seret je kaki..akhirnya pada 11.2.1998 si NUR ZANIRA telah pun lahir ke dunia..aku tersenyum tengok mata dia masa baru lahir..terbelenset macam mata kucing..berbulu di telinga,tangan,kaki,belakang dia semua ada..hehe..semasa nak lahirkan dia ni,doktor sampai kaut perut aku tau..besar sangat nak keluarkan air mentuban..dia kaut dari atas perut aku..hehe.dia cakap tak pernah buat pada pesakit lain..rupanya si dia ni pun lain juga perangai dia ni..lain dari beradik yang lain...dia diam tapi sekali bunyi 'meletop'haha..tak suka pakai baju kurung,tak suka pakai gaun yang mama dia jahit sendiri.tak suka mandi..oopsss!!!haha yelah,diakan terkenan kucing.kucingkan tak suka air..Ira pun cam Eka juga.melalak nak ikut pergi sekolah.satu hari tu Eka balik dari tadika terus buka tudung,baju.kain..aku nampak si Ira ni terus pakai baju Eka..bayangkan macamana dia pakai baju sekolah Eka.selekeh!!dia pakai setokin,kasut yang gedobos tu terus lari nak ikut Adi naik van..hahah..kelakarnya..orang tengok pun tergelak tengok dia..punyalah melalak tak dapat naik van tu..geram pun ada aku masa tu..macam nak bantai je budak tu..dia dengan Eka suka beli jajan kat rumah jiran.tapi ayahnya tak bagi dia beli kat situ..satu hari budak berdua ni pergi beli juga.cara kebetulan ayah dia balik dari kerja dan terserempak dengan dia..aku dari jauh dah gigil takut kena marah..si berdua beradik ni dah terpaku tengok ayah dia sambil 'tangan dia kebelakang' sebab sorok jajan tadi..aku senyum pun ada tengokkan.takut pun ada sebab mesti kena punya tu..sampai rumah dua-dua kena rotan..haha..dia ni memang suka makan jajan la..masa umur dia 2tahun gitu dia pernah nak pergi kedai sendiri tau.terperanjat aku anak saudara ayah dia cakap Ira nak seberang jalan nak p kedai..kami berlari tengok terkedik2 dia berjalan..hahah..Ira taklah nakal sangat sebab dia  pemalu..haha malu ka ko adik!! nanti aku ceritakan si pemalu yang sudah besar eh!!

No comments:

Post a Comment