Tuesday 10 August 2010

hye!! :)

 Tahun ini banyak kelainan dari tahun2 yang lain aku rasa..hati rasa 'happy' je..awal hari bersahur aku dapat panggilan dari pami..ingatkn siapa..belum jawab da senyum dulu..ehee..tahun ni cam meriah je nak sambut ..mungkin dapat 'anak baru' kot.haha...tapi rasa memang meriah la nanti tu..sebab ramai kawan2 anak2 datang...jadi tukang masak la aku lagi jawabnya nanti..tapi tak mengapa janji hati senang..sebelum itu,aku mengharapkan ramadhan kali ini akan memberi kemaknaan buat aku..semuga Dia terima aku sebagai hamba ..kerana aku tak pasti adakah puasa tahun hadapan aku akan ketemu lagi..atau adakah aku akan sempat menghabiskan hari2 untuk berpuasa pada kali ini..aku hanya di beri pinjam 'nadi' tapi tak tahu sampai bila..dari itu aku mohon padaNya muga aku diterima..dan aku mengharapkan tahun ini akan memberi satu kebahagiaan hati buat aku..               


AKU
sebelas.lapan.duakosongsatukosong = satu ramadhan.satuempattigasatu hijrah.

Sunday 8 August 2010

IF I LET YOU GO !! from my love adopted - mohd fahmi bin mohd nasir
Day after day
times pass away
And i just can't get you off my mind
Nobody knows..i hide it inside
keep on searching but i can't find
The courage to show..
To letting you know.I've never felt so much love before
And once again i'm thinking about
Taking the easy way out.

But if i let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
 Will i never see
You smilling back at me
How will i know?
If i let you go..

Night after night
I hear myself sayin'
Why can't this feeling just fade away?
There's no one likes you...
You speak to my heart..
It's such ashame we're wolds apart..
I'm too shy to asked..
I'm too proud to lose...
But sooner or later I gotta choose
And once again i'm thinking about
Taking the easy way out..

Once again i'm thinking about..Taking the easy way out...


Wednesday 4 August 2010

AKU ;)

Aku di lahirkan pada 2.9.1966...mak kata pada hari khamis..aku berlima saudara..aku anak yang ke tiga..aku lasak macam budak lelaki.suka mandi sungai.pantang je air laut penuh.mesti nak mandi;kecik-kecik dulu kulit aku hitam sebab suka mandi sungai..yelah mak ayah kerja,tak ada siapa yang nak marah..dulu-dulu kaum hawa selamat walaupun bercampur kawan..aku suka merayau kat tanah tinggi.nanti aku main gelongsor..haha..suka makan buah kat semak-semak tu..orang cakap kalo burung boleh makan,maknanya kita boleh makan juga..aku pun makanlah..haha...aku masa kecik berani tau..masa umur 3tahun lebih cahaya malam terang tau..aku turun pungut buah berembang..haha.dengan seluar katok je aku turun malam-malam buta gitu..sampai ni aku ingat.mak punyalah marah..aku pernah nampak hantu busut.besar warna putih.mata dia besar.merah..masa tu abang yang nampak tapi nangis..aku dengar je terus turun tangga tengok benda tu..kena marah lagi..kecik-kecik dulu aku beranilah..dalam adik beradik aku paling bertuah sebab suka buat hal sendiri..hahah..itu ini semua sendiri..tak susahkan orang..yang orang marah kalo kita susahkan orang,kn!!sampai lah ni aku suka cari untuk sendiri..  :)

AKAKKU YANG AKHIR...

Semasa aku kandungkan dia ni aku sayang pada seekor kucing..aku beri nama Padomei kat kucing tu..anak kucing tu asyik ikut aku je bila balik mengaji..haha dah tua pun ngaji lagi..aku hantar dia ikut.aku hantar dia ikut lagi...rupanya dia berkenan kat baby dalam perut ni..nantilah aku akan cerita pasal si padomei ni..masa kandungkan baby ni perutku besar sangat.sebab aku berdoa nak anak kembar..setiap kali mimpi mesti benda yang kembar..satu hari tu aku nak masak jumpa telur yang kuningnya kembar.isi petai kembar..pernah jumpa tak!!hehe.tapi pada satu hari masa kandungan 4 bulan,aku terjatuh di tepi jalanraya masa nak p kedai.nak makan mee kari.tak jadi pergi sebab aku tak boleh jalan tegak.perut sakit..masa tu Eka 4 tahun..dia cakap 'eh mak jatuh ea'..aku tak sedar bila aku jatuh..bangun je perut sakit..aku pergi ke klinik untuk tengok kandungan ok ke tidak..tapi tulah,Tuhan kan tak suka kita nak tahu apa yang dalam perut ini..aku tengok tak kembar pun..tapi perut besar betul sampai tak nampak kaki sendiri..si padomie tu selalu aku terpijak ekor dia.yelah asiknya nak mengekor aku je..pada 7 hrbln 2 tu,aku rasa sakit pinggang,ingatkan nak bersalin tapi tak jadi dia keluar..haha..berjalan dah tak larat..main seret je kaki..akhirnya pada 11.2.1998 si NUR ZANIRA telah pun lahir ke dunia..aku tersenyum tengok mata dia masa baru lahir..terbelenset macam mata kucing..berbulu di telinga,tangan,kaki,belakang dia semua ada..hehe..semasa nak lahirkan dia ni,doktor sampai kaut perut aku tau..besar sangat nak keluarkan air mentuban..dia kaut dari atas perut aku..hehe.dia cakap tak pernah buat pada pesakit lain..rupanya si dia ni pun lain juga perangai dia ni..lain dari beradik yang lain...dia diam tapi sekali bunyi 'meletop'haha..tak suka pakai baju kurung,tak suka pakai gaun yang mama dia jahit sendiri.tak suka mandi..oopsss!!!haha yelah,diakan terkenan kucing.kucingkan tak suka air..Ira pun cam Eka juga.melalak nak ikut pergi sekolah.satu hari tu Eka balik dari tadika terus buka tudung,baju.kain..aku nampak si Ira ni terus pakai baju Eka..bayangkan macamana dia pakai baju sekolah Eka.selekeh!!dia pakai setokin,kasut yang gedobos tu terus lari nak ikut Adi naik van..hahah..kelakarnya..orang tengok pun tergelak tengok dia..punyalah melalak tak dapat naik van tu..geram pun ada aku masa tu..macam nak bantai je budak tu..dia dengan Eka suka beli jajan kat rumah jiran.tapi ayahnya tak bagi dia beli kat situ..satu hari budak berdua ni pergi beli juga.cara kebetulan ayah dia balik dari kerja dan terserempak dengan dia..aku dari jauh dah gigil takut kena marah..si berdua beradik ni dah terpaku tengok ayah dia sambil 'tangan dia kebelakang' sebab sorok jajan tadi..aku senyum pun ada tengokkan.takut pun ada sebab mesti kena punya tu..sampai rumah dua-dua kena rotan..haha..dia ni memang suka makan jajan la..masa umur dia 2tahun gitu dia pernah nak pergi kedai sendiri tau.terperanjat aku anak saudara ayah dia cakap Ira nak seberang jalan nak p kedai..kami berlari tengok terkedik2 dia berjalan..hahah..Ira taklah nakal sangat sebab dia  pemalu..haha malu ka ko adik!! nanti aku ceritakan si pemalu yang sudah besar eh!!

BUDAK SUKA MUNCUNG!!!

Anak aku yang ke empat ni,masa kandungkan dia...adui!! punyalah sakitnya aku..sakit gigi,sakit perut,sakit punggung..itu ini macam2 sakit..doktor cakap aku kurang minum susu..bila kandungan makin membesar,semakin rasa tak menentu..tiap kali dia bergerak aku akan tahan nafas.sebab sakit.. aku kurang nak makan sebab gigi selalu sakit..sedih je tengok orang makan..pada hari akhir dia di dalam perut aku,aku makin tak senang..makan tak boleh,nak gerak sangat pun susah..akhirnya pada pagi bertarikh 22.6.1994 dia selamat di lahirkan..masa nak lahirkan dia tu,doktor menjerit tak bagi aku 'push'..haha..aku terperanjat dia cakap tali pusat terbelit..aku dah takut sangat..perlahan2 doktor keluarkan dia sambil menghitung..rupanya yang selama aku sakit masa kandungkan dia,rupanya tali pusat dia terbelit di leher.ada 4 lilitan..aduh!!patutlah aku hampir tak bernyawa bila tiap kali ia bergerak..yalahkan,bila ia gerak tali pusat itu akan ikut menarik pergerakannya...itukan sambungan nyawa antara aku dengan dia..Tuhan aja yang tahu aku..menangis!!aku takut ingatkan dia 'tak ada' tapi aku tersenyum bila nampak tangan dia gerak2 tapi badan dia warna biru2 cair gitu..nasiblah umur kandungan ada 9 bulan je..kalo lebih dari itu..aku dan dia dah tak ada kot..sakit tau!!Aku berikan dia nama NUR ZALIKHA..montel budaknya masa baby..yelahkan masa dok dalam perut dia pun sama tak dapat makan..oleh kerana dia montel,Mayang selalu dukung dan selalu jatuhkan Eka..debak debuk Eka Mayang jatuhkan..bila nagis muka dia akan biru sebab tak keluar suara...ingatkan dia dah diam,upenya muka biru nagis senyap..takutnya aku..umur dia 10bulan dia pernah cakap 'kakak'..eh!terperanjat aku..berjalan tika umur 9 bulan lebih..dia suka menulis sejak dari kecik..umur 4 tahun suda mula pandai membaca..satu hari tu dia melalak nak ikut Mayang pergi sekolah..aduh!!dia pakai setokin dia kejar van sekolah cik zali..dia naik pastu orang tu turunkan dia..kejap je pun jadilah..tapi punyalah meraung nak ikut Mayang..macam nak bantai je..ape taknya..aku yang salah..sebab jahitkan baju sekolah  dia..lebih2 kain kakaknya tu aku buatlah kat dia..aku senyum je tengok gelagat dia..rupanya dia ni ada kelebihan sedikit dalam pelajaran..huhu...nanti aku ceritakan masa dia nak duduk periksa masa nak naik tahun satu...tunggu tau!!

Tuesday 3 August 2010

Putera ku,Mohd Nor Radhi bin Rosli :)

..Semasa kandungkan anak yang ke tiga ni,aku selalu mimpi makan bunga..suka tanam pokok bunga,suka nak bela ikan emas tp mak mertua tak bagi..kenapa tah..kefahaman kuno..haha..suka tengok cerita hindustan..Pada 8.11.1991 waktu lepas maghrib,aku rasa pinggang sakit dan jam seterusnya semakin sakit..aku beritahu kat tempat kerjanya cakap aku dah mula sakit..aku nampak suami terus makin sakit..kaklong,makcik dan pakcik aku panggil sebab mak kat KL..suami panggil bidan datang rumah sebab doktor cakap aku boleh melahirkan di rumah saja..aku tengok ayah datang lagi aku takut..takut la bersalin kat rumah,yela kalo kat hospital mana ada orang peduli kita..saatnya melahirkan sudah tiba pada jam 11malam bertarikh di atas pada hari jumaat,aku selamat melahirkan seorang anak lelaki...wah!! sukanya kami semua..ayah mengazankan di telinga babyku..jiran sebelah rumah hairan kenapa azan di tengah-tengah malam!dia baru teringat aku dah bersalin..terus dia melompat tembok rumah untuk melihat aku dan baby..masa tu kan anak ke dua baru berumur 2tahun 2bulan,dia cakap apa tau..'cape tu mak' ...hehe..tersenyum aku dengar..aku letak namanya Mohd Nor Radhi.dia ni tak banyak kerenah masa kecik..tapi dia ada satu sifat tau..ayah dia panggil 'sifat ahmad nisfu' haha..sebab dia punya helah tu cam ahmad nisfu..dia nak keluar rumah,dia akan campak selipar dulu kat luar nanti dia cakap la selipar kat luar padahal dia nak main-main ..kalo buat salah orang belum pukul dia dah meraung dulu..kan akal ahmad nisfu tu..dah besar akal ahmad nisfu makin menjadi tau...haha...nanti ikut kisah Mohd Nor Radhi yang sudah besar pulak ya!!
Nama suamiku ialah Rosli bin Husin.Umurnya hampir 48tahun,berasal dari Johor juga..kami berkenalan tak lama dan itu pun melalui dari nenek dia..Pada permulaannya dia mengikut neneknya hantar kad jemputan untuk bapa saudaranya..pada masa yang sama aku hendak pergi mengaji di rumah jiran..haha dah besar pun masih mengaji lagi..tiba-tiba adik memanggil aku balik..rupanya mak nak menayang anak daranya kat nenek dia..haha macam bagus je..Di situlah suamiku mula berkenan kat aku..tapi aku buat bodoh aje..Sebenarnya mak lah yang beria2 benar nak suruh aku kawan dengan dia ni..Masa tiba hari jemputan tu mak pujuk aku ikut tapi aku tak nak tapi aku pergi ikut jiran balik kg dia kat Melaka..tu la tempat yang aku kena kejar dengan lembu..aku rasa pergi Melaka lebih baik dari pergi jemputan..buat apa menayang muka kat sana tu..haha .Tetapi,dia tak putus asa nak kenal juga dengan aku.hari raya pun datang juga tapi aku tak ada..berjalan rumah kawan di JB..berjam2 dia tunggu akhirnya dia belah..haha..mana aku tahu dia nak datang..lagi pun tak 'cinta' pun kat dia lagi..ehee..poyo jek..Balik mak marah aku cakap kenapa balik lambat..eh!manalah aku tahu yang dia nak datang beraya..syok sendiri dia tu kat aku..haha..sorry eh suami..Akhirnya aku berkawan juga dengan dia dan dalam beberapa bulan kami bertunang..dan beberapa bulan selepas itu aku di ijabkabulkan pada 17.4.1987..


Monday 2 August 2010

Kisah anakku yang ke dua..

Sempena hari lahirku pada 2.9.89 sedang aku minum petang,terasa perut lain macam je.cakap kat suami pinggang sakit..aku ajak beli baju baby yang bakal lahir tapi dia tak nak..sebab tarikh melahirkan lama lagi bulan 10..aku tak kesah lah orang dah tak nak kan...walaupun rasa sakit sedikit aku makan juga kek kecik sempena hari lahir..haha aku cakap kek mr Bean..perut makin sakit pada subuh hari..sahlah memang  dah waktu untuk bersalin ni..jam 3 subuh kami bergerak ke hospital..tiba dalam perjalanan kereta terhenti sebab minyak habis.hahah..kereta xada meter untuk tengok minyak..tapi sentiasa ada simpan minyak lebih..aku mulas sakit lagi..mak cakap mengucap banyak2..aku terbayang pulak cam nak mati..tiba di HSAJB aku di sambut dengan kereta sorong,lagi la aku takut..pada 3.9.1989 ketika azan subuh berkumandangan di ruang bayu pagi..aku selamat melahirkan seorang lagi anak perempuan..tapi aku sedih sebab tak dapat pangku dia..aku di asingkan dengan babyku sebab masa aku mengandung aku kena 'chicken pork'..itu yang dia tak sabar kan lihat dunia agaknya walaupun belum masanya..dia di tempatkan di wad anak raja johor sebab tempat orang biasa macam kami ni dah penuh...patutlah mak dan suami cari di wad biasa baby tak ada..jumpa aku cakap baby tak ada..macam nak pengsan aku dengar..pastu suami datang lagi cakap baby kat wad anak raja..tersenyum lebar dia...aku di benarkan balik tapi baby tak boleh sebab kena rawatan lanjut..aduh!!hampir 2 minggu aku berpisah dengan baby..sedihnya..tiap hari nangis rindu baby.. aku juga dah sediakan nama masa aku gadis lagi..dalam cerita endon,DHEA namanya.baik gadis dalam cerita tu..lalu aku beri nama NUR RADHIAH dan panggil dia DYEA..dia suka makan.apa saja cakap pasal makan..tapi dia ni lain sikit.masa aku kandungkan dia aku suka sendiri dia pun sama jugalah sampai sekarang semua di lakukan sendiri..dia cepat berjalan..umur 9 bulan dah bertatih..kecik je budaknya..ada sorang tu namanya Madon.suka panggil dia buah bacang..hahah..sebab tak besar2..sukanya matan je..hehe..sampai tidur pun dengan jajan sumi..pastu semut gigit kelakar tengok badan dia...hahaha...waktu mula tadika,dia pergi sendiri tau..aku tak hantar pun dia ke sekolah baru..balik je dia cakap..'mak semua orang ada mak adik je tak ada..sedih pulak aku dengar..tapi sebelum harinya aku dah bawa dia daftar sekolah..cikgu cakap boleh juga mama tak hantar sebab dah ada van sekolah ambil masa tu..cerita dia ni panjang lah...tunggu di lain masa eh aku taip lagi...  :)

Kisah Mayang masa kecik..

Aku melahirkan dia pada 29.1.1988.betul-betul di waktu maghrib pada hari jumaat..melahirkan dia cam ajaib je..nak cerita pun orang tak akan kan percaya..tapi cerita jelah kot-kot ada orang yang macam aku..mula-mula memang sakit nak melahirkan tapi bila dah masuk kat dewan bersalin,aku tak rasa sakit pun..hanya tengok orang sebelah yang kematian anaknya dalam perut..kesian lak tengok dia.diam je,sedih hatinya bila di kandungkan dah tak ada..tiba-tiba bidan suruh aku "push" haha..dengan tak ada rasa nak melahirkan akhirnya aku selamat melahirkan anak pertama aku..dapat baby girl..wah sukanya aku..aku panggil dia MAYANG sebab dari gadis lagi aku dah berangan kalau ada anak aku nak letak nama MAYANG..masa kecik mayang kuat nangis la..sampai dah malas nak layan...hahah..mak aku yang banyak bantu jaga dia..kesian mak.."love you mak"..mayang makin membesar  tapi dia lambat berjalan..dah setahun empat bulan baru berjalan..aku berniat kalau dia pandai jalan aku nak jejakkan kakinya di masjid..aku tunaikan janji tu..buat pertamanya mayang jejakkan kaki di masjid kat kampung aku..mayang pandai melukis macam aku jugak..hehee..sebab masa mengandungkan dia aku suka melukis..aku letak kertas lukisan tu kat atas perut aku yang besar tu..aku suka masa dia baru pandai bercakap..aku panggil suami 'abang',dia pun nak panggil abang..haha.dia ingat nama ayah dia abang agaknya..hehe.puas ajar tak pandai juga..sudahnya aku pulak terpaksa panggil suami 'ayah'..haha.barulah dia panggil ayah juga..dah besar sikit barulah dia panggil ayah..sekarang umur dia sudah 22tahun..nanti ikut lagi kisah MAYANG  yang besar pulak eh..!!

Salam untuk yang sudi membaca :)

AKU DAN SEMUA itu adalah satu permulaan untuk membuka tirai ceritaku.. AKU seorang sangat2 ringkas walaupun sudah berumahtangga..seorang yang sangat sukakan sesuatu yang berkelainan..suka menyendiri sewaktu zaman gadis dahulu..ada jugalah seorang dua teman aku semasa habis sekolah dulu..aku sukakan tempat2 yang redup,pemandangan yang cantik,suka mandi sungai..kenangan yang tidak boleh aku lupa ialah sewaktu ikut jiran balik kampung di Melaka..aku tak sabar nak tunggu siang nak pergi bontang atau orang sana panggil tali air..aku harung sawah untuk ke tali air tu..seronoknya..masa tu umur aku sudah 21 tahun tapi aku masih lagi macam budak-budak..terus mengharung anak sungai tiba2 kaki terpelus di tanah selut..mujurlah sebelah kaki saja kalau tidak mungkin aku dah mati kot..ahaa..sebab kawan aku hanya terdiam tengok aku terpelus gitu..sambil paut pada akar rumput aku boleh angkat kaki lagi..kawan-kawan dah terdiam je..dah tu terus balik rumah..dah balik tu bukan masuk rumah,pergi makan buah rambutan kat atas pokok..ehee. tuan rumah tak terkata apa tengok aku..Esoknya atok dia suruh pergi ke rumah saudaranya jauh sedikit la,dan di bekalkan buah rambutan yang dah merah sangat..tiba-tiba ada orang lelaki tu jerit kat kami "jaga-jaga dik,ada lembu ikut tu di belakang"..haha kami cakap apa"ngada-ngada nk usik orang"..sekali aku toleh banyak lembu dah kat hujung betis..bertempiaran semua lari..aku sempat naik di tempat yang berbukit sikit sambil aku ketuk-ketuk muncung lembu tu dengan payung..hahah..tapi aku gelak tengok kawan aku lari jauh sangat sebab lembu masih kejar lagi..aku jerit suruh buang saja buah rambutan tu sebab lembu tu nakkn buah rambutan tu..haha...aku tunggu lama sangat lepas itu aku nampak menyeringai je kawan aku tu..punyalah gigil badan kitorang masa tu..lepas itu budak lelaki tu ketawakan kami..dia cakap"tu la orang cakap tak percaya"..kami hanya berikan senyum kat budak-budak lelaki tu ...haha ..ni baru sedikit je cerita aku..ada lagi tau!!! :)