Tuesday 3 August 2010

Nama suamiku ialah Rosli bin Husin.Umurnya hampir 48tahun,berasal dari Johor juga..kami berkenalan tak lama dan itu pun melalui dari nenek dia..Pada permulaannya dia mengikut neneknya hantar kad jemputan untuk bapa saudaranya..pada masa yang sama aku hendak pergi mengaji di rumah jiran..haha dah besar pun masih mengaji lagi..tiba-tiba adik memanggil aku balik..rupanya mak nak menayang anak daranya kat nenek dia..haha macam bagus je..Di situlah suamiku mula berkenan kat aku..tapi aku buat bodoh aje..Sebenarnya mak lah yang beria2 benar nak suruh aku kawan dengan dia ni..Masa tiba hari jemputan tu mak pujuk aku ikut tapi aku tak nak tapi aku pergi ikut jiran balik kg dia kat Melaka..tu la tempat yang aku kena kejar dengan lembu..aku rasa pergi Melaka lebih baik dari pergi jemputan..buat apa menayang muka kat sana tu..haha .Tetapi,dia tak putus asa nak kenal juga dengan aku.hari raya pun datang juga tapi aku tak ada..berjalan rumah kawan di JB..berjam2 dia tunggu akhirnya dia belah..haha..mana aku tahu dia nak datang..lagi pun tak 'cinta' pun kat dia lagi..ehee..poyo jek..Balik mak marah aku cakap kenapa balik lambat..eh!manalah aku tahu yang dia nak datang beraya..syok sendiri dia tu kat aku..haha..sorry eh suami..Akhirnya aku berkawan juga dengan dia dan dalam beberapa bulan kami bertunang..dan beberapa bulan selepas itu aku di ijabkabulkan pada 17.4.1987..


No comments:

Post a Comment